Login Ahli Password

Maklumat Terkini : Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin :.: SERTAI PERNIAGAAN BIODINAR TANPA INTERNET, TANPA LOGIN KE LAMAN AHLI :.: Barangan Elektrik Percuma Sempena Hari Raya Untuk Ahli Biodinar :.: Jana Pendapatan Anda Di Biodinar Dengan Produk Halalan Toyiba :.: Pelancaran Super BMB Ahad 9 Jun 2013 9am. Datang dan jadi terawal :.:


Bab 6 : Tips Untuk Berjaya - Teknik Menjual


RATING ALEXA NAIK! MALAYSIA NO 1,099 GLOBAL NO 482,174 HANYA 22 HARI!!


Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!


video Berani Berubah Untuk Masa Depan Gemilang Oleh Toyyib

 

CIPTA SEMULA DIRI ANDA!!!! LANGKAH PERTAMA MESTI DILAKUKAN UTK BERJAYA :..: BioDinar

CIPTA SEMULA DIRI ANDA!!!! LANGKAH PERTAMA MESTI DILAKUKAN UTK BERJAYA
Tarikh berita dimasukkan: 8-8-2011


Share to facebook


Bab 2 : Cipta Semula Diri Anda

Ramai orang yang menyertai jualan langsung tidak "mencipta semula diri mereka". Apakah maksudnya?

Manusia mempunyai pelbagai ragam dan salah satu ragam itu ialah ego di dalam diri. Mereka percaya bahawa hanya mereka sahaja yang baik atau betul. Mereka tidak mahu menerima teguran atau tunjuk ajar. Dalam MLM, anda mesti membuang ego anda. Anda mesti bersedia menerimateguran dan tunjuk ajar biar pun yang memberikan teguran atau tunjuk ajar itu adalah orang yang lebih muda daripada anda. Inilah yang dikatakan "cipta semula (recreate)".

Jangan tutup hati dan telinga anda daripada menerima sesuatu yang baik demi memajukan perniagaan anda. Anggapan bahawa anda lebih pandai atau sudah pandai perlu anda kikis. Anda mesti bersedia diberi tunjuk ajar dan bersedia untuk belajar. Ilmu perniagaan ini tidak terbatas. Anda mungkin tidak mengetahui semua perkara mengenai MLM tetapi orang yang memberi anda tunjuk ajar itu mempunyai pengetahuan tentang perkara yang tidak anda ketahui. Anda mesti bersedia untuk terus belajar. Ilmu perniagaan jualan langsung yang anda pelajari hari ini tidak akan relevan lagi pada 4-5 tahun akan datang. Jadi, anda mesti memperuntukkan masa pada setiap hari untuk belajar ilmu perniagaan MLM yang baru sama ada melalui pergaulan dengan orang lain, seminar, rally, konvensyen, atau membacanya daripada buku-buku dan majalah yang berkaitan.

Anda juga jangan kedekut mengajar orang lain, khususnya pengedar baru yang menjadi downline anda. Anda mesti mencurahkan segala pengetahuan yang ada pada anda untuk mereka. Jika mereka berjaya menyerap segala pengetahuan anda dan mempraktikkannya, anda akan lebih segera berjaya. Downline anda bukan ditaja untuk ditinggalkan tetapi sangat dahaga akan tunjuk ajar anda. Ajarlah mereka agar mereka berjaya juga. Mereka berjaya, anda berjaya juga.

Anda jangan sekali-kali percaya bahawa hanya syarikat MLM tertentu sahaja yang akan menjanjikan kejayaan mutlak. Semua syarikat MLM adalah sama. Walaupun pelan pemasarannya berbeza tetapi matlamatnya adalah sama. Kejayaan bukan terletak pada apa nama syarikat MLM itu tetapi kejayaan terletak pada apa yang anda lakukan. Satu perkara yang mesti anda ingat sentiasa dan mesti anda hebahkan kepada downline anda ialah Perniagaan MLM menjanjikan kekayaan tetapi bukan menjadi asas untuk cepat kaya.

Menjadi kaya dan menjadi cepat kaya adalah berbeza. Menjadi kaya adalah benar tetapi menjadi cepat kaya adalah hampir mustahil. Tidak ada sesiapa pun yang telah menjadi cepat kaya dalam industri ini. Yang ada hanyalah yang menjadi kaya setelah bertahun-tahun menjadi pengedar.

Sebagai perbandingan dan contoh, Puan Saadah Badrus yang menjadi pengedar REVELL dan kini dianggap sebagai salah seorang jutawan dalam industri ini di Malaysia hanya menjadi kaya setelah 4 tahun bersama syarikat ini setelah gagal mencapai impian beliau bersama 13 buah syarikat MLM lain sebelumnya.

Jangan percaya juga jika ada orang yang berkata: Jika ingin berjaya, tajalah prospek sebanyak mungkin. Anggapan ini adalah songsang. Tidak ada gunanya, anda menaja sehingga beratus-ratus orang ahli baru, tetapi mereka tidak aktif atau anda sendiri tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunjuk ajar mereka.

Yang penting dan yang menjanjikan kejayaan dalam perniagaan ini ialah organisasi yang kuat dan aktif biar pun dianggotai hanya oleh puluhan orang sahaja. Mungkin anda masih ingat akan kata-kata hikmat Soekarno : Berikan aku tujuh orang pemuda, nescaya gunung akan aku ratakan. Ini bererti kuantiti ahli bukan prasyarat untuk berjaya. Kejayaan dalam perniagaan ini bergantung sepenuhnya pada kualiti yang ada pada ahli. Seperti Soekarno, beliau meminta 7 orang pemuda, bukannya 700 orang tua!

Jika selama ini anda tergolong di kalangan orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain, maka anda haruslah mengubah sikap ini. Dalam MLM,anda mesti bergaul dengan orang lain. Dengan bergaul, anda boleh membuat jualan, membuat penajaan, dan yang terpenting, anda akan memperoleh pengetahuan baru untuk memajukan perniagaan anda.

Masalah adalah asam garam dalam MLM. Semua pengedar MLM ada masalah. Tetapi, anda MESTI menganggap masalah itu sebagai cabaran. Seperti masalah yang mesti diatasi, cabaran juga mesti anda harungi. Setelah cabaran itu dapat anda atasi, maka di hadapan akan terbentang jalan lurus menuju kejayaan. Orang yang takut menghadapi cabaran tidak akan berjaya. Jangan berumah di tepi pantai jika anda takut akan ombak yang melanda. Jangan berniaga, jika anda takut rugi atau gagal.

Sebenarnya, perniagaan MLM ini perniagaan tanpa risiko. Jika anda rugi pun, anda hanya rugi sedikit. Jadi, apa yang mesti anda takutkan? Anda bukan berniaga bermodalkan ribuan ringgit. Anda hanya bermodalkan tidak pun sampai RM100 semasa anda menerima starter kit anda. Ramai pengedar yang saya temui sering berkata bahawa mereka takut menjual dan menaja. Saya sendiri tidak faham akan apa yang ditakuti oleh mereka.Mereka takut kalau-kalau bakal pelanggan mereka enggan membeli barangan mereka sedangkan mereka belum pun memperkenalkan barangan itu. Jika sudah pasti, bakal pelanggan menolak barangan itu, itu hanyalah dia seorang sedangkan di negara ini, terdapat jutaan penduduk. Seperti kata basahan, belum cuba belum tahu.

Jika anda takut, anda mesti menghapuskan perasaan takut itu dengan menemui paling kurang 10 orang pelanggan setiap hari. Saya jamin bahawasetelah anda menemui seorang pelanggan yang mahu membeli barangan anda, perasaan takut itu akan bertukar menjadi seronok. Kadang-kadang,ada orang yang takut menghampiri rumah kosong kerana sudah ada perasaan takut sebelum memasuki rumah itu. Orang begini perlu masuk sekali saja ke dalam rumah kosong itu, nescaya akan hilanglah perasaan takutnya terhadap rumah itu. Anda hanya perlu menemui seorang pelanggan atau seorang prospek baru sahaja untuk menghapuskan perasaan takut yang tidak berasas itu.Terdapat beberapa andaian awal yang negatif yang sentiasa bermain-main dalam fikiran pengedar baru, iaitu:
* Menjual barangan MLM adalah sukar
* Belum tentu prospek ingin menjadi ahli
* Leceh membuat susulan selepas jualan pertama (servis pelanggan)
* Tidak ada masa lapang untuk berniaga
* Sudah ramai pengedar dalam syarikat MLM ini
* Mampukah saya memimpin downline saya?
* Jualan Minima Bulanan (maintain) amat tinggi
* Masuk jualan langsung untuk memperkaya upline


 

MENU
PRODUK BIODINAR
TESTIMONI
LANGGAN BERITA
LIHAT STATUS TEMPAHAN

Bookmark and Share

PRODUK TERBARU

 
Berita & Pengumuman
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
SERTAI PERNIAGAAN BIODINAR TANPA INTERNET, TANPA LOGIN KE LAMAN AHLI
Barangan Elektrik Percuma Sempena Hari Raya Untuk Ahli Biodinar
Jana Pendapatan Anda Di Biodinar Dengan Produk Halalan Toyiba
Pelancaran Super BMB Ahad 9 Jun 2013 9am. Datang dan jadi terawal
SUPER BMB. Pelan Baru, Lebih Lumayan. Modal RM100 Dapat Produk RM150
Kempen Jutawan Herba 2013-Percuma RM270 dan Hadiah Produk RM600
hanya 45pv layak komisen 15 level =peluang anda jana income lumayan
Selamat Menyambut Bulan Syawal. Maaf Zahir dan Batin
TEKNIK BERKESAN ANDA TERIMA BONUS RM100-RM500 SEHARI GUNA LAPTOP ANDA
PANDUAN PERCUMA JANA BONUS RM10,000 DALAM 1 TAHUN GUNA LAPTOP ANDA
BELIAN 100PV PRODUK BIODINAR MELAYYAKAN PERADUAN TABLET PC DAN RM2,000
JADUAL PERJUMPAAN SETIAP SABTU 10AM SEMPENA BULAN RAMADAN 2012
Biodinar masuk TV ALHIJRAH PADA 4 JULAI 2012 MAJUKAN EKONOMI UMMAH
DUIT RAYA RM2,000 TUNAI DAN PERCUMA TABLET PC
MOBILE STOKIS BARU JASTEN (MS80) 0198049257 TAWAU SABAH ACAI BERRY
MOBILE STOKIS BARU SUYATI (SU79) 0148661610 RANAU SABAH ACAI BERRY
BELI 5 PRODUK PERCUMA 1 PROMOSI HEBAT DI JOHOR BAHRU REBUT PELUANG INI
VIP MOBILE STOKIS ANDA PERCUMA 4 KOTAK PRODUK SEMINAR GEGAR BIODINAR
gegar BIODINAR JOHOR BAHRU 14/6/12 CALL TOP LEADER HASSAN 0127762196

Ahli Terbaru
Ecahsyg (Sungai besar)
mieyue (Kuala Lipis)
Shahruliqbal1 (gemas)
yunani (kuala penyu)
Barneyxcq (aNRpIghnJYjBoR)
Lisamanja (Muar)
suffianassad21 (damansara utama)
fathina (KUANTAN)
Zaidieyrowz (Membakut)
Zaidiey (Kota kinabalu)
wat171 (Temerloh)
RMDUIT (jitra)
371608 (Sg. Udang)
Rezaidi (kota kinabalu)
GoldenTabs (voCVYBRNiMvYwzgV)
Ecahsyg94 (Sungai besar)
Buatduitonline (Ampang)
Safiqapek (Banting)
shamsinar (Melaka)
eeg (tuaran)
Statistic

Members 18363
Total Visitor 215148

 

 

 

Copyright 2018  biodinar.com.  All rights reserved

Utama  l  Produk  l  Plan Pemasaran  l  Daftar Ahli  l  SyarikatBerita  l  FAQ  l  Syarat & Terma