Login Ahli Password

Maklumat Terkini : Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin :.: SERTAI PERNIAGAAN BIODINAR TANPA INTERNET, TANPA LOGIN KE LAMAN AHLI :.: Barangan Elektrik Percuma Sempena Hari Raya Untuk Ahli Biodinar :.: Jana Pendapatan Anda Di Biodinar Dengan Produk Halalan Toyiba :.: Pelancaran Super BMB Ahad 9 Jun 2013 9am. Datang dan jadi terawal :.:


Biodinar masuk TV ALHIJRAH PADA 4 JULAI 2012 MAJUKAN EKONOMI UMMAH


Ramai Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini


Meniru/Mencontoh Upline


hanya 45pv layak komisen 15 level =peluang anda jana income lumayan

 

Teknik Menaja :..: BioDinar

Teknik Menaja
Tarikh berita dimasukkan: 10-8-2011


Share to facebook


Teknik Menaja

Ketika menjual, anda boleh juga menaja. Kebanyakan pengedar memperkenalkan produk, pelan pemasaran, dan kelebihan berniaga secara jualan langsung. Jadi, anda melakukan 2 kerja pada sesuatu masa.Lazimnya, terdapat 2 kategori pendengar, iaitu mereka yang tidak berminat berniaga dan mereka yang berminat berniaga.Bagi kategori pertama, anda hanya boleh menjual produk anda, sementara bagi kategori kedua, anda menaja mereka. Setiap pesanan produk, jangan masukkan ke dalam senarai pesanan untuk anda, tetapi anda berikan kepada pendengar yang serta-merta mahu menjadi downline anda. Ini adalah untuk memberi mereka semangat, iaitu sebaik-baik sahaja mereka mendaftarkan diri sebagai ahli/pengedar, mereka telah pun mempunyai pelanggan serta-merta.

Anda mesti mahir dan berpengetahuan luas tentang pelan pemasaran syarikat MLM anda. Kalau mereka/prospek ingin tahu akan berapa banyak wang yang bakal diperoleh, anda mesti menerangkannya dengan pengiraan berpandukan pelan pemasaran. Mulakan dengan pengiraan amaun yang kecil dahulu, perlahan-lahan anda menerangkan jumlah wang yang bakal diperoleh mereka apabila mereka mencapai pangkat-pangkat tertentu.Semasa menerangkan pengiraan bonus, mulakan dengan langkah memberikan contoh jualan yang mudah dicapai. Jangan berkata : "Kalau anda dapat menjual RM500 sehari …" kerana walaupun ada orang yang dapat menjual lebih daripada RM500 sehari, tetapi masih banyak (terutamanya yang belum biasa berniaga) yang tidak dapat menjual produk dalam kuantiti itu. Mulakanlah dengan amaun jualan kecil : "Katakan anda dapat menjual RM50.00 sehari …" kerana jualan dengan amaun kecil mungkin hanya melibatkan 2-3 produk sahaja.Tujuannya adalah supaya bakal pengedar tidak merasakan bahawa jualan langsung ini kerjanya adalah sukar.

Sama seperti menjual, semasa anda berada di rumah atau bertemu dengan prospek, jangan terus bercerita tentang perniagaan ini. Anda bertanyalah tentang keluarganya. Anda ceritakan juga tentang keluarga anda. Misalnya: "Masih ada 4 orang anak saya yang bersekolah. 2 di sekolah rendah, 2 lagi di sekolah menengah. Tambang bas sekolah untuk mereka sahaja RM60.00 sebulan. Buku kerja perlu dibeli. Ada sahaja buku yang mahu dibeli.Rumah saya belum habus bayar. Satu bulan RM450. Kereta RM500 sebulan. Habis gaji saya sebulan untuk perbelanjaan. Untuk disimpan pun tidak cukup. Nasib baiklah saya ada buat perniagaan sampingan. Dapat juga saya menyimpan …". Mereka akan tertarik kerana anda membuat perniagaan sampingan untuk membolehkan anda menabung. Tentu mereka akan bertanya tentang apakah jenis perniagaan yang anda jalankan. Nah, mulakanlah niat anda untuk menaja mereka dengan memberitahukan jenis perniagaan, jumlah bonus yang telah anda terima selama ini (paling baik anda memfotostat semua baucer/cek bonus yang anda terima untuk ditunjukkan kepada mereka), latar belakang syarikat, senarai pengedar yang telah berjaya, pelan pemasaran syarikat, dan jenis barangan yang tersenarai dalam menu produk syarikat. Setelah anda selesai memberikan penerangan dan mereka berminat untuk menjadi downline anda, anda jangan terburu-buru meminta mereka mengisi borang keahlian. Anda MESTI MEMASTIKAN SAMA ADA MEREKA SERIUS BERNIAGA ATAU TIDAK.

Kemukakan beberapa soalan yang akan memberi anda kepastian sama ada mereka akan menjadi rakan kongsi perniagaan anda yang berbakat dan berdaya maju atau sebaliknya.

(a) Sanggupkah awak menunggu sehingga 3 bulan sambil berusaha, barulah anda melihat hasil perniagaan anda seperti bonus RM1,000 sebulan?
(b) Mampukah awak mendapatkan paling kurang 5 orang rakan/saudara-mara anda yang benar-benar berminat berniaga?
(c) Adakah awak rela mengorbankan RM200.00 sebagai modal asas perniagaan ini termasuk membayar yuran keahlian?
(d) Sanggupkah awak mengorbankan masa selesa awak selama 2-3 jam sehari untuk perniagaan ini?
(e) Sanggupkah awak menerima tunjuk ajar biarpun daripada rakan kongsi kami yang paling muda?

Jika mereka memberikan jawapan positif terhadap semua soalan itu, yakinlah bahawa mereka akan menjadi downline anda yang bakal menyerlah.

Anda boleh menaja di mana-mana sahaja. Di kedai kopi/restoran, di pusat membeli-belah, di jalan, di kaki lima, atau di mana-mana sahaja. Tetapi, anda hanya boleh menerangkan perihal perniagaan ini secara ringkas sahaja dan berakhir dengan anda meminta alamat rumah dan nombor telefon mereka. Jangan memberikan penerangan panjang lebar di tempat-tempat begini kerana banyak gangguan yang boleh menyebabkan prospek anda tidak tenang dan akan memberikan jawapan berupa penolakan.

Seperti menjual, anda juga mesti bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum anda pergi ke rumah prospek anda. Anda harus telah bersedia dan menjangkakan soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh mereka. Jawapan-jawapan pada soalan yang anda jangkakan itu haruslah positif yang menjurus pada akhirnya mereka berminat pada perniagaan ini. Bawalah sampel produk, testimonial tertentu, dan starter kit kosong. Anda boleh pergi berseorangan tetapi jika berpasangan adalah lebih baik. Bawalah isteri/suami anda, jika ada. Tujuannya adalah supaya terdapat 2 pengaruhan, iaitu anda mempengaruhi prospek sementara pasangan anda mempengaruhi pasangan prospek. Dengan ini, anda akan mendapat downline pasangan ideal yang bersama-sama berminat dalam perniagaan ini. Ramai pengedar yang berjaya dalam perniagaan ini merupakan pasangan yang saling membantu.

Terdapat syarikat yang menyediakan rakaman video berhubung dengan kenyataan/testimonial usahawan yang berjaya. Jika syarikat anda juga menyediakan khidmat yang sama, bawa bersama alatan ini kerana sangat berguna untuk menarik minat prospek menyertai anda. Alatan audio visual adalah lebih mudah menyedarkan prospek. Mereka akan lebih yakin terhadap latar belakang syarikat dan apa yang dapat disediakan oleh perniagaan ini kepada mereka.

Semasa menyampaikan penerangan, anda mesti MENEKANKAN FAEDAH, FAEDAH, FAEDAH membeli produk dan menyertai MLM. Padamasa ini, anda MESTI MENDAPATKAN JAWAPAN "YA" daripada prospek/prospek-prospek (jika menaja secara berkumpulan) anda dengan mengemukakan soalan-soalan yang akan memberikan jawapan "Ya". Misalnya: Mahukah anda mendapatkan pendapatan seperti anda bekerja 8 jam sehari sedangkan anda hanya bekerja selama 2 jam sahaja? Mahukah anda sendiri yang menentukan jumlah pendapatan yang akan anda peroleh? Mahukah anda bebas daripada masalah kewangan selama-lamanya? Mahukah anda mendapatkan keuntungan segera tanpa perlu menunggu cukup bulan? Mahukah anda mempunyai wang yang lebih supaya anda dapat melancong, membeli barangan idaman anda selama ini? Mahukah anda menukarkan masa lapang anda dengan wang?

Jawapan "Ya" berkali-kali tetapi logik akan mempengaruhi prospek anda berminat untuk berniaga.Anda boleh juga mengemukakan kenyataan yang akan membuatkan prospek berfikir mendalam dan akhirnya akan bersetuju untuk menyertai anda dalam perniagaan ini. Misalnya: Harga barang semakin meningkat. Perbelanjaan sekolah anak-anak bertambah setiap hari. Bil-bil air, elektrik perlu dibayar setiap bulan. Tetapi, gaji tak naik-naik juga. Cukup bulan, habis gaji. Simpanan tiada. Macam mana kita dapat hidup begini selama-lamanya?Apa akan jadi kepada kita jika suatu hari nanti kita tidak mampu bekerja? Tidak ada insurans. Tidak ada pendapatan sampingan. Apa akan jadi pada anak-anak kita? Sekolah mesti diteruskan tetapi di mana kita nak cari wang? Sekarang ini, kerajaan melaung-laungkan teknologi maklumat.Kita hanya mampu mendengar saja. Hendak beli komputer pun kita tak mampu. Nak beli komputer cara ansuran, kita akan tambah hutang pula.
Hai, kalau begini buta ITlah anak-anak kita. Orang asing yang baru datang ke negara kita semalam telah kaya-raya. Mereka datang bukan saja bekerja buruh kontrak. Ada antara mereka berniaga. Orang India dan Pakistan jual kain. Kelmarin, mereka jalan kaki. Esok mereka tunggang motorsikal. Lusa, mereka pakai kereta. Tapi kita? Kita hanya mampu berangan-angan untuk kaya. Ambil nombor dengan harapan mengena. Orang asing ligat berniaga. Mereka kaya. Kita masih bergelut dengan masalah kewangan. Nampaknya, kita akan merempatlah di bumi sendiri.

Kenyataan-kenyataan ini akan menyebabkan prospek anda berfikir untuk mengubah masa depan mereka.


 

MENU
PRODUK BIODINAR
TESTIMONI
LANGGAN BERITA
LIHAT STATUS TEMPAHAN

Bookmark and Share

PRODUK TERBARU

 
Berita & Pengumuman
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
SERTAI PERNIAGAAN BIODINAR TANPA INTERNET, TANPA LOGIN KE LAMAN AHLI
Barangan Elektrik Percuma Sempena Hari Raya Untuk Ahli Biodinar
Jana Pendapatan Anda Di Biodinar Dengan Produk Halalan Toyiba
Pelancaran Super BMB Ahad 9 Jun 2013 9am. Datang dan jadi terawal
SUPER BMB. Pelan Baru, Lebih Lumayan. Modal RM100 Dapat Produk RM150
Kempen Jutawan Herba 2013-Percuma RM270 dan Hadiah Produk RM600
hanya 45pv layak komisen 15 level =peluang anda jana income lumayan
Selamat Menyambut Bulan Syawal. Maaf Zahir dan Batin
TEKNIK BERKESAN ANDA TERIMA BONUS RM100-RM500 SEHARI GUNA LAPTOP ANDA
PANDUAN PERCUMA JANA BONUS RM10,000 DALAM 1 TAHUN GUNA LAPTOP ANDA
BELIAN 100PV PRODUK BIODINAR MELAYYAKAN PERADUAN TABLET PC DAN RM2,000
JADUAL PERJUMPAAN SETIAP SABTU 10AM SEMPENA BULAN RAMADAN 2012
Biodinar masuk TV ALHIJRAH PADA 4 JULAI 2012 MAJUKAN EKONOMI UMMAH
DUIT RAYA RM2,000 TUNAI DAN PERCUMA TABLET PC
MOBILE STOKIS BARU JASTEN (MS80) 0198049257 TAWAU SABAH ACAI BERRY
MOBILE STOKIS BARU SUYATI (SU79) 0148661610 RANAU SABAH ACAI BERRY
BELI 5 PRODUK PERCUMA 1 PROMOSI HEBAT DI JOHOR BAHRU REBUT PELUANG INI
VIP MOBILE STOKIS ANDA PERCUMA 4 KOTAK PRODUK SEMINAR GEGAR BIODINAR
gegar BIODINAR JOHOR BAHRU 14/6/12 CALL TOP LEADER HASSAN 0127762196

Ahli Terbaru
afandey (kota kinabalu)
lokman (Machang)
Saluns (Kota kinabalu)
mus96 (TUMPAT)
bestproduct (KEPALA BATAS)
korie988 (langkawi)
khatty (kuching)
Sahril (Machan)
yimei070 (PETALING JAYA)
farisha344 (BUKIT TENGAH)
369258357 (penaga)
serlahkan (Kota Kinabalu)
JimmiXzSq (BxMNvoCjxVuAPf)
syahidanramli (Banting)
Eky1710 (KLANG)
hairolizam (klang)
rismazl (Kulim)
maca
1302 (KUALA KUBU BHARU)
161099 (tg.malim)
Statistic

Members 18331
Total Visitor 196978

 

 

 

Copyright 2017  biodinar.com.  All rights reserved

Utama  l  Produk  l  Plan Pemasaran  l  Daftar Ahli  l  SyarikatBerita  l  FAQ  l  Syarat & Terma