Login Ahli Password

Maklumat Terkini : Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin :.: SERTAI PERNIAGAAN BIODINAR TANPA INTERNET, TANPA LOGIN KE LAMAN AHLI :.: Barangan Elektrik Percuma Sempena Hari Raya Untuk Ahli Biodinar :.: Jana Pendapatan Anda Di Biodinar Dengan Produk Halalan Toyiba :.: Pelancaran Super BMB Ahad 9 Jun 2013 9am. Datang dan jadi terawal :.:


M.Stokis Terbaru SUYATI (MS70) 0148661610 RANAU SABAH


Pemasaran online biodinar.com berkembang ke 230 buah negara=internet!


SESI B.O.M BIODINAR DI LANGKAWI 17/9/11


100 ORANG AHLI BARU JOIN BIODINAR.COM SETIAP HARI! MATLAMAT 100,000!

 

Bab 4 : Kualiti Yang Perlu Ada Pada Anda :..: BioDinar

Bab 4 : Kualiti Yang Perlu Ada Pada Anda
Tarikh berita dimasukkan: 8-8-2011


Share to facebook


Bab 4 : Kualiti Yang Perlu Ada Pada Anda

Dalam perniagaan yang prospek keuntungannya adalah besar seperti perniagaan jualan langsung, seseorang pengedar mesti memiliki beberapa kualiti sebagai seorang usahawan. Perniagaan MLM ialah perniagaan yang melibatkan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam, tingkat sosial, kerenah, dan ego yang tersendiri. Jika anda ingin berjaya, anda perlu menyukai orang ramai. Semua orang ingin dirinya dihargai. Dengan memandang orang ramai yang mungkin bakal pelanggan atau tajaan anda sebagai orang tidak penting (nobody), anda telah pun kehilangan. Ini bererti anda tidak perlu meneruskan perniagaan MLM ini kerana tidak ada hasilnya.

Anda wajib sekali menyetujui kata-kata orang ramai meskipun mereka hanyalah pekerja pemungut sampah. Customers always right! Jika pun anda perlu mempertikaikan pendapat atau kata-kata mereka, biarlah dengan jalan yang paling lembut, bukan dengan cara destruktif - mematikan terus pendapat itu. Anda boleh memilih kata-kata berdiplomasi seperti : "Betul kata Encik Zul, tetapi …", "Saya bersetuju dengan Encik Zul, tetapi …".Ini bermakna anda perlu mengeyakan pendapat bakal pelanggan atau tajaan anda sebelum anda membetulkan fakta yang salah.

Dengan ini, bakal pelanggan/tajaan anda akan berasa bahawa ia benar dalam perkara itu dan merasakan dirinya dihargai. Ingatlah semua orang ingin menjadi manusia. Tidak ada orang yang ingin melihat kemanusiaannya ditidakkan oleh orang lain. Orang ramai akan membeli produk anda atau bersetuju menjadi downline anda dengan melihat siapa anda.

Dalam MLM, ungkapan "Jangan menilai kandungan buku daripada kulitnya" adalah tidak benar. Orang ramai akan menilai kandungan buku daripada kulitnya. Bagaimana pelanggan hendak membeli produk minyak wangi anda sedangkan anda datang kepadanya dalam keadaan berbau peluh? Bagaimana pelanggan hendak membeli sabun cuci anda sedangkan semasa berhadapan dengan mereka baju anda comot/kotor? Anda hendak menjual shampu anti-kelemumur sedangkan pada bahu baju anda bertaburan sisa kelemumur. Mahukah pelanggan mempercayai produk edaran anda?

Dalam MLM, anda perlu "menjual" diri anda terlebih dahulu. Penampilan anda adalah "jualan pertama" anda sebelum anda menjual produk anda.Katakan anda pergi bertemu dengan bakal pelanggan anda dengan berbaju T, berseluar jeans, dan berselipar. Ada 2 gambaran yang akan terlintas pada fikiran mereka - "Mungkin dia ini penagih yang terdesak menjual barang untuk membeli dadah" atau "Bagaimana dia hendak menjual barang (katakan: sabun cuci) sedangkan dia sendiri tidak terurus" Jika ini penampilan pertama anda, anda TIDAK akan dapat menjual apa-apa!

Lihatlah karakter seorang penjual profesional. Ada antara mereka, berbaju kemeja lengan panjang (kadang-kadang memakai kot), bertali leher,berseluar slack, memakai stokin, berkasut, berambut pendek yang diminyak dan disikat rapi. Penampilan sebegini akan memberikan sentuhan pertama pada produk yang ingin anda tawarkan kepada pelanggan anda. Anda kena menyesuaikan cara anda berpakaian. Jika anda menawarkan produk atau peluang perniagaan ini kepada golongan profesional, anda berpakaianlah seperti yang dinyatakan itu. Jika anda ingin menemui golongan kelas rendah, tanggalkanlah tali leher anda. Jika tidak, mereka akan berasa rendah diri. Mereka akan beranggapan bahawa bidang ini hanya untuk orang kelas menengah sahaja.

Penampilan kedua yang perlu ada pada diri anda ialah wajah yang segar sentiasa. Jika anda misalnya, menjual produk vitamin atau makanan tambahan, tetapi wajah anda lesu, pelanggan tidak akan mempercayai anda. Demikian juga jika anda ingin membuat penajaan. Bagaimana prospek anda hendak percaya bahawa perniagaan ini adalah perniagaan sampingan yang dilakukan 1-2 jam sehari sedangkan anda dilihat oleh mereka sebagai orang yang penat bekerja seperti baru selesai bekerja dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang. Semuanya kerana wajah anda yang lesu tidak bermaya. Jadi, pastikan anda cukup tidur sebelum anda menemui pelanggan/prospek anda.

Berkunjung ke rumah pelanggan/prospek yang baru anda kenali memerlukan anda memperkenalkan diri setelah anda membuat temu janji dengan mereka. Sekarang ini, terlalu banyak "penyamun tarbus". Anda wajib mengembalikan ingatan pelanggan/prospek anda bahawa anda pernah membuat temu janji atau pernah berjumpa dengannnya sebelum ini. Jangan terus memperkenalkan produk anda. Praktikkan langkah pertama : Kenali mereka, tanyakan latar belakang, puji sekitaran rumah mereka, dan jadikan perkenalan yang mungkin berlangsung beberapa minit itu seperti anda telah kenal lama terhadap mereka. Tanya pendapat mereka sama ada mereka pernah mendengar nama syarikat MLM anda atau produk keluaran syarikat MLM anda. Jika mereka sudah mengenalinya, anda mulalah bertanyakan sama ada mereka pernah menggunakan salah satu produk syarikat MLM itu. Jika belum, ini peluang anda. Jika mereka pernah menggunakannya, perkenalkan produk lain.

Jika mereka mengatakan bahawa mereka menunggu pengedar lain daripada syarikat yang sama untuk memperkenalkan produk yang anda tawarkan itu, katakan bahawa anda hanya membantu pengedar itu memperkenalkan produk syarikat. Terpulanglah kepada mereka sama ada untuk membeli produk itu daripada pengedar tersebut atau daripada anda. Jika mereka bersetuju, inilah peluang anda untuk menunjukkan bahawa anda lebih baik daripada pengedar yang lain. Jangan sekali-kali berhujah bahawa pengedar yang lain itu tidak bertanggungjawab.

Katakanlah bahawa daripada sesiapa pun pelanggan itu hendak membeli produk itu tidak penting. Yang penting produk syarikat itu haruslah produk syarikat MLM anda. Inilah kaedah diplomasi yang akan memberikan keyakinan pelanggan bahawa anda berfikiran terbuka dan mulalah mereka tertarik pada anda. Tidak mustahil jika anda memberikan servis kepada mereka, mereka akan menjadi pelanggan tetap dan mungkin akan menjadi tajaan anda. Semasa anda, memperkenalkan produk anda atau menawarkan peluang perniagaan ini kepada prospek anda, ingatilah 5 HURUF - S.E.B.A.B.

Setiap kali, anda memperkenalkan produk, terangkan kelebihan produk dengan perkataan SEBAB. Begitu juga jika ingin mereka menjadi downline anda, terangkan dengan SEBAB mengapa mereka MESTI mendaftarkan diri dan menjalankan perniagaan ini. Banyak pengedar yang menawarkan produk dengan berkata : "Belilah satu. Barang ini bagus." Tanpa menerangkan SEBAB barang itu bagus. Tekan suara anda semasa menyebut perkataan SEBAB itu bagi menunjukkan bahawa anda serius dan seolah-olah sebagai suatu janji/jaminan yang pelanggan anda tidak akan rugi membelinya.

Begitu juga jika anda mahu menaja mereka. Berikan SEBAB mengapa mereka perlu berada dalam organisasi anda. Setelah anda selesai menerangkan perihal produk anda atau menerangkan kelebihan perniagaan MLM ini, sekali lagi anda perlu bermain dengan perkataan SEBAB ini sebagai penutup penyampaian anda. Misalnya: "Adakah apa-apa SEBAB puan tidak bersetuju dengan kelebihan produk ini?", "Adakah apa-apa SEBAB mengapa Encik tidak perlu memiliki salah satu daripada produk syarikat saya?", "Adakah apa-apa SEBAB puan rasa perniagaan ini tidak menguntungkan?", atau "Adakah apa-apa SEBAB mengapa Encik tidak dapat mendaftar sebagai ahli syarikat saya?" Jika penerangan anda sebelumnya telah lengkap dan jelas, maka TIDAK ADA APA-APA SEBAB yang menggagalkan anda daripada menjual walau satu pun produk kepadanya ataupun gagal menguja semangat mereka untuk menjadi downline anda.

Namun demikian, terdapat pelanggan/prospek yang menolak produk/peluang perniagaan yang anda tawarkan. Jika ini terjadi, anda jangan kecewa.Kajilah sebab penolakan mereka. Ada yang akan memberikan alasan belum ada duit, produk itu tidak sesuai dengan cita rasa mereka, alasan "Tunggu Dulu", berdiam diri dengan harapan anda cepat-cepat beredar, alasan produk anda tidak bermutu, dan sebagainya.

Hujah-hujah/langkah yang boleh anda gunakan untuk mengatasi penolakan pelanggan/prospek anda:
* "Perniagaan ini modalnya hanya RM35 (nyatakan yuran menjadi ahli) sahaja berbanding dengan hasil yang akan Encik peroleh. Jika Encik mendaftar sekarang, Encik boleh mendapat duit bila-bila masa sahaja. Mungkin hari ini. Mungkin juga esok. Wang RM35 itu akan Encik dapatkan balik apabila Encik menjual beberapa jenis produk. Saya jamin, kalau Encik dapat memperkenalkan beberapa produk ini kepada pelanggan, wang RM35 yang Encik laburkan untuk perniagaan ini akan Encik dapat balik. Encik dapat balik wang Encik dan perniagaan ini sekaligus. Bolehkan? RM35 ini kalau dibelanjakan di kedai, dalam beberapa minit sahaja, akan bertukar tangan kepada peniaga. Tetapi kalau Encik laburkan dalam perniagaan ini, Encik akan bakal mendapat lebih daripada RM35, bukannya sebulan tetapi selama-lamanya. RM35 bukanlah jumlah yang besar.Kalau Encik terlibat dalam perniagaan yang saya perkenalkan ini, RM35 tidak mustahil akan menjadi RM350, RM3,500, RM35,000, RM350,000, atau jumlah wang yang tidak terhad."
* "Sabun cuci ini memang terkenal di Malaysia. Sudah banyak orang memuji keberkesanannya. Sebab itulah sabun cuci ini menjadi TOP SALES syarikat kami. Miskin kaya menggunakannya. "
* "Minyak wangi ini walaupun dibotolkan di Malaysia tetapi bahan-bahan untuk membuatnya diimport khusus dari Perancis setanding dengan minyak wangi berjenama mahal. Encik belum pernah mencubanya. Kalau Encik sudah mencubanya beberapa kali, Encik akan menyukainya. Dulu, nenek moyang kita berjalan kaki. Sekarang, kita pula memakai kereta. Maknanya, kita perlu mencuba memandu kereta dan jangan terus berjalan kaki. Lama-kelamaan kita akan seronok memandu kereta. Begitu juga dengan produk ini. Cita rasa manusia sentiasa berubah-ubah. Mungkin produk ini tidak menjadi cita rasa Encik kerana Encik belum mencubanya. Cubalah beberapa kali. Saya yakin Encik akan serasi menggunakannya."
* "Jangan "Tunggu Dulu". Buat dulu, baru tunggu hasilnya. Kena buat sekarang sebelum orang lain rebut peluang. Ada banyak orang yang sedang menunggu pengedar seperti saya menaja mereka. Ada apa-apa SEBAB Encik perlu tunggu dulu?"
* "Kalau Puan beli sekarang, Puan boleh menggunakannya sekarang juga."
* "Kalau Encik beli sekarang, saya akan selalu memberikan khidmat selepas jualan kepada Encik."
* "Ada apa-apa penerangan saya yang kurang jelas? (Ini bagi 'mendesak' pelanggan/prospek bersuara jika mereka membisu setelah anda selesai memberikan penerangan) Boleh saya tahu, mana keterangan saya yang masih meragukan Puan?"
* "Bolehkah Encik beritahu saya, mana produk/bahagian yang masih tidak jelas kepada Encik?"
* Ada pelanggan/prospek akan memberikan alasan produk kita mahal. Jawablah: "Memang harganya mahal, tapi kalau dibandingkan dengan barang yang sama di pasaraya, Encik akan mendapat lebih kepuasan/kelebihan daripada produk kami."
* Jika alasan bahawa modal asas perniagaan ini adalah agak besar (katakanlah RM55.00 untuk menjadi ahli), katakan : "Kalau dibandingkan dengan berniaga di gerai yang modal asasnya paling kurang RM200, saya kira modal perniagaan ini jauh lebih murah. Encik hanya ambil barang dari stokis bila ada pesanan. Hantar kepada pelanggan, Encik dapat balik modal dan untung runcit."
* Ada prospek yang berkata : "Dulu saya pernah masuk Syarikat X, tapi habuk pun tarak". Jawablah dengan tenang: "Puan, bukan semua syarikat MLM adalah sama. Ada syarikat yang menjanjikan bulan dan matahari yang sukar dicapai. Tetapi, syarikat MLM kami tidak berjanji jika tidak mampu berbuat demikian. Buktinya, banyak usahawan kami yang telah berjaya asalkan Puan berusaha." Atau "Tak semestinya selepas kita jatuh dari motorsikal, kita jalan kaki dan biarkan motorsikal itu di situ. Kegagalan hari lalu merupakan batu asas kejayaan masa depan."
* Jika prospek tidak berminat menjual : "Baiklah, Encik tidak payah menjual. Encik jadi ahli, Encik beli dari stokis, Encik akan dapat diskaun/harga pengedar."
* Jika prospek berkata : "Saya nak tengok awak berjaya dulu .." Jawablah dengan tenang : "Jangan tunggu saya berjaya dulu kerana kalau saya berjaya, saya sudah kaya. Apa kata kalau kita berjaya sama-sama, dan kaya sama-sama."
* Jika ada yang berkata: "Jual sabun mana boleh kaya "Katakan: "Memang jual sabun tidak boleh kaya, tetapi syarikat kami bukan hanya menyediakan sabun, ada banyak produk lain. Lagi pun, syarikat kami menyediakan pelan pemasaran yang menjanjikan wang dan kekayaan. Orang Pakistan jual kain pun boleh kaya, bukan jual tunai, tetapi hutang. Pernahkah Encik baca berita akhbar, seorang warganegara Pakistan yang ditangkap pihak berkuasa di Sabah merayu supaya dibebaskan kerana beliau masih belum mengutip RM90,000 hutang daripada pelanggannya?"
* Ada yang berkata : "Saya tak yakin masuk jualan langsung boleh berjaya". Jawab : "Banyak syarikat telekomunikasi yang jika berfikiran begitu, kita tidak akan dapat memakai telefon bimbit. Mereka buat walaupun mereka belum tahu orang Malaysia mampu beli atau tidak. Hasilnya, dimana-mana pun kita lihat orang bawa telefon bimbit. Begitu juga dengan jual barang secara langsung. Encik kata tak boleh berjaya, tetapi semakin ramai yang berjaya, semakin banyak yang jadi jutawan atau semi-jutawan."
* Mereka berkata : "Bagaimana saya nak buat, saya tidak pandai bercakap?" Jawablah : "Pernahkah Encik mengajak rakan anda makan di mana-mana restoran?" Jika dijawab "Ya", katakan: "Berniaga jualan langsung ini sama juga dengan ajak orang lain makan di restoran. Ajak untuk menikmati kelazatan wang. Lagi pun, Encik bukan buat perniagaan ini seorang diri, bercakap seorang diri. Saya boleh bantu. Kalau Encik sudah mampu membuatnya sendiri, barulah Encik buat sendiri."

Perlu disedari bahawa terdapat bakal pelanggan/prospek yang telah membina tembok "Tidak Mahu". Jika anda bertemu dengan mereka ini, and jangan membuang masa. Bermohonlah dengan cara baik untuk pergi. Ucapkan terima kasih kerana mereka sudi melapangkan masa mendengar penerangan anda. Beredarlah dengan tekad bahawa anda akan menemui mereka sekali lagi dengan strategi yang lain pula. Kajilah sebab-sebab mereka begitu kuat mengatakan tidak mahu. Ingat, dalam banyak kes, bakal pelanggan yang kerap mengatakan "Tidak Mahu" itu merupakan aset bernilai kepada anda. Mereka "Tidak Mahu" kerana banyak sebab - mungkin mereka mahu menguji kesabaran dan ketahanan anda, mereka telah pun mendapatkan gambaran salah tentang imej jualan langsung, mereka belum mengenali anda sepenuhnya, dan lain-lain. Anda perlu mencuba sekali lagi pada masa akan datang dengan strategi yang lain pula. Jika anda berhasil merobohkan tembok "Tidak Mahu" itu dan menukarkannya menjadi "Mahu", maka mereka merupakan bakal tajaan yang akan komited dengan perniagaan ini. Jadi, jangan berputus asa dengan penolakan sebegini.

Enggan Bererti Makan Sepinggan
Mahu Bererti Makan Selalu


 

MENU
PRODUK BIODINAR
TESTIMONI
LANGGAN BERITA
LIHAT STATUS TEMPAHAN

Bookmark and Share

PRODUK TERBARU

 
Berita & Pengumuman
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
SERTAI PERNIAGAAN BIODINAR TANPA INTERNET, TANPA LOGIN KE LAMAN AHLI
Barangan Elektrik Percuma Sempena Hari Raya Untuk Ahli Biodinar
Jana Pendapatan Anda Di Biodinar Dengan Produk Halalan Toyiba
Pelancaran Super BMB Ahad 9 Jun 2013 9am. Datang dan jadi terawal
SUPER BMB. Pelan Baru, Lebih Lumayan. Modal RM100 Dapat Produk RM150
Kempen Jutawan Herba 2013-Percuma RM270 dan Hadiah Produk RM600
hanya 45pv layak komisen 15 level =peluang anda jana income lumayan
Selamat Menyambut Bulan Syawal. Maaf Zahir dan Batin
TEKNIK BERKESAN ANDA TERIMA BONUS RM100-RM500 SEHARI GUNA LAPTOP ANDA
PANDUAN PERCUMA JANA BONUS RM10,000 DALAM 1 TAHUN GUNA LAPTOP ANDA
BELIAN 100PV PRODUK BIODINAR MELAYYAKAN PERADUAN TABLET PC DAN RM2,000
JADUAL PERJUMPAAN SETIAP SABTU 10AM SEMPENA BULAN RAMADAN 2012
Biodinar masuk TV ALHIJRAH PADA 4 JULAI 2012 MAJUKAN EKONOMI UMMAH
DUIT RAYA RM2,000 TUNAI DAN PERCUMA TABLET PC
MOBILE STOKIS BARU JASTEN (MS80) 0198049257 TAWAU SABAH ACAI BERRY
MOBILE STOKIS BARU SUYATI (SU79) 0148661610 RANAU SABAH ACAI BERRY
BELI 5 PRODUK PERCUMA 1 PROMOSI HEBAT DI JOHOR BAHRU REBUT PELUANG INI
VIP MOBILE STOKIS ANDA PERCUMA 4 KOTAK PRODUK SEMINAR GEGAR BIODINAR
gegar BIODINAR JOHOR BAHRU 14/6/12 CALL TOP LEADER HASSAN 0127762196

Ahli Terbaru
hamniezal (sandakan)
emajan07 (semanggol)
nrlnnszzt (PELABUHAN KLANG)
afandey (kota kinabalu)
lokman (Machang)
Saluns (Kota kinabalu)
mus96 (TUMPAT)
bestproduct (KEPALA BATAS)
korie988 (langkawi)
khatty (kuching)
Sahril (Machan)
yimei070 (PETALING JAYA)
farisha344 (BUKIT TENGAH)
369258357 (penaga)
serlahkan (Kota Kinabalu)
JimmiXzSq (BxMNvoCjxVuAPf)
syahidanramli (Banting)
Eky1710 (KLANG)
hairolizam (klang)
rismazl (Kulim)
Statistic

Members 18334
Total Visitor 199480

 

 

 

Copyright 2017  biodinar.com.  All rights reserved

Utama  l  Produk  l  Plan Pemasaran  l  Daftar Ahli  l  SyarikatBerita  l  FAQ  l  Syarat & Terma