Login Ahli Password

Maklumat Terkini : Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin :.: SERTAI PERNIAGAAN BIODINAR TANPA INTERNET, TANPA LOGIN KE LAMAN AHLI :.: Barangan Elektrik Percuma Sempena Hari Raya Untuk Ahli Biodinar :.: Jana Pendapatan Anda Di Biodinar Dengan Produk Halalan Toyiba :.: Pelancaran Super BMB Ahad 9 Jun 2013 9am. Datang dan jadi terawal :.:


JOM BUAT DUIT RAYA RM30,000 DI BIODINAR.COM!


M.Stokis Terbaru NORLISAH (MS48) hp 01112185770 Bera Pahang


Memberikan Servis


TAHNIAH PENCAPAI DIAMOND MANAGER KE 3 DUNIA DAN PERTAMA INDONESIA PAK

 

Bab 3 : Mustahilkah Menjadi Jutawan Dalam MLM? :..: BioDinar

Bab 3 : Mustahilkah Menjadi Jutawan Dalam MLM?
Tarikh berita dimasukkan: 8-8-2011


Share to facebook


Bab 3 : Mustahilkah Menjadi Jutawan Dalam MLM?

Dalam sesi seminar, konvensyen, rally, dan mesyuarat mingguan atau bulanan, penceramah syarikat sering berkata bahawa usahawan boleh menjadi kaya dalam perniagaan ini - menjadi jutawan! Ramai pengedar yang sangsi dengan kata-kata penceramah ini. Benarkah boleh menjadi jutawan dalam perniagaan ini? Kedengarannya agak mustahil. Ya, kata-kata ini memang agak mustahil tetapi ini tidak bererti ia tidak boleh menjadi kenyataan. Dalam agama pun, dikatakan bahawa 9 bahagian daripada 10 bahagian rezeki terdapat dalam bidang perniagaan. Ini bermakna bahawa 90% kekayaan dapat digali dalam perniagaan. Jika anda pengedar yang mahu bergelar usahawan jutawan, anda perlu percaya bahawa anda boleh menjadi jutawan dalam perniagaan ini tetapi bukanlah dalam sekelip mata.

Menjadi jutawan dalam jualan langsung samalah dengan membina bangunan. Asas/tapak perlu dibina sebelum anda membangunkan dinding konkrit.Setelah tingkat demi tingkat dapat dibina, barulah anda boleh memasang/membina mercunya. Membina sebuah bangunan tidak dapat dilakukan dalam sehari dua, tetapi berbulan-bulan. Jika bangunan itu bangunan mercu tanda, masa yang lama amat diperlukan.

Boleh atau tidak menjadi jutawan MLM adalah soal kedua. Persoalan asasnya ialah mahu buat atau tidak mahu buat. Anda sabar atau tidak dalam perniagaan ini. Bukanlah menjadi rahsia bahawa: Jika mahu menjadi kaya, berniagalah!" Peniaga-peniaga yang menjadi kaya-raya seperti Pengerusi Microsoft, Bill Gates "mencipta keperluan orang ramai", bukannya "memenuhi keperluan orang ramai". Orang ramai/pelanggan tidak menyangka produk keluarannya akan dikeluarkan tetapi beliau mengeluarkannya kerana sedar bahawa produk itu kelak akan menjadi keperluan orang ramai pada masa akan datang.

Dalam MLM, senarai produk telah tersedia. Kegunaannya juga telah diketahui. Misalnya, sabun cuci digunakan untuk mencuci. Anda menjual sabun cuci. Ini bererti anda hanya memenuhi keperluan pelanggan yang mahu menggunakan sabun cuci untuk membasuh pakaian. Untuk lebihberjaya dan berlainan daripada pengedar yang lain, anda perlu "mencipta keperluan pelanggan" melalui sabun cuci. Misalnya, terdapat sabun cuci yang dirumus sedemikian rupa sehingga menjadi serba guna (multi-purpose). Selain dapat dijadikan sabun cuci, dapat pula dijadikan baja tanaman atau membersihkan barangan kemas daripada kekotoran daki. Pendek kata, anda mesti kreatif. Anda mesti menjadikan sesuatu produk yang anda edarkan bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan biasa tetapi juga dapat digunakan untuk kegunaan yang lain.

Jika anda berjaya, anda akan mendapati bahawa produk tersebut menjadi best-sellers. TETAPI, jangan mereka-reka faedah/kegunaan lain yang belum anda uji sepenuhnya kerana jika tidak benar, anda sendiri yang akan rugi.

Anda boleh menjadi jutawan dengan memastikan produk syarikat anda dapat dijual secara banyak. Katakan, sekotak sabun cuci dijual pada harga pengedar RM13.00. Jika anda dapat menjual sebanyak 100,000 kotak sebulan, maka jualan anda berjumlah RM1,300,000. Untung runcit yang bakal anda terima ialah RM325,000 bagi setiap jualan. Jumlah isi rumah di negara ini bukan setakat 100,000 buah tetapi berjuta-juta. Jika hanya 10% daripada 22,000,000 orang di Malaysia membeli sabun cuci anda, maka jualan anda ialah (RM13.00 X 2, 200, 000) = RM28,600,000. Tetapi, anda tidak mungkin dapat menjual sebanyak 2, 200, 000 kotak sabun sebulan. Anda mesti mendapatkan bantuan. Cara terbaik adalah dengan menaja prospek yang berbakat dan berkualiti, bukan sahaja di dalam daerah anda tetapi juga di luar daerah dan negeri anda.

Dengan bantuan downline anda, barulah anda akan dapat melakukan jualan berjuta-juta kotak sabun sebulan ke seluruh negara agar anda memperoleh bonus bulanan ratusan ribu ringgit sebulan. Anda perlu juga membuat jualan ulangan bagi produk yang sama dan membuat jualan susulan bagi produk yang lain. Inilah rahsia jutawan MLM.

Untuk mendapatkan belian ulangan daripada pelanggan anda, anda wajib membuat servis dan harus bijak menghidu peluang untuk memperkenalkan produk lain/baru kepada pelanggan anda itu. Jika sebelum ini, pelanggan A hanya membeli sabun cuci anda, kini anda berpeluang menambah senarai produk dalam menu belian pelanggan anda itu. Perkara yang sama perlu anda hebahkan dan ajarkan kepada downline anda supaya mereka juga mencontoh cara anda berniaga. Jika semua downline anda mempraktikkan khidmat servis anda itu, anda akan mendapati jualan bulanan kumpulan anda akan "boom" pada bulan itu dan bulan-bulan berikutnya. Ringkasnya, untuk menjadi usahawan berjaya dalam MLM sehingga mencapai taraf jutawan, anda perlu menjadi seperti ayah yang mempunyai sikap dan sifat yang baik dan mengajarkan serta menyerapkan sikap dan sifat itu kepada anak-anak anda. Jangan menjadi seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus sedangkan ia sendiri masih berjalan bengkang-bengkok. Jika anda mahu downline anda melakukan 3 perkara tersebut, anda mesti melakukannya juga.

Jangan cakap tidak serupa bikin kerana kelak tembelang anda akan pecah juga. Jika ini terjadi, anda akan kehilangan kredibiliti. Downline tidak akan mempercayai anda dan tindakan anda sendiri.

Selain itu, anda mesti telah benar-benar memahami semua produk dalam senarai produk syarikat MLM anda - harganya, faedahnya, masalah-masalah yang pernah dihadapi oleh pelanggan anda dan cara mengatasinya, cara menggunakan produk supaya lebih berkesan. Tujuannya adalah supaya anda tidak tergagap-gagap semasa cuba menerangkan kelebihan produk anda dan semasa anda disoal tentang produk itu. Banyak kes yang menunjukkan pengedar tidak dapat menjawab soalan pelanggan berkaitan dengan produk itu kerana kekurangan maklumat. Terdapat kes pengedar tersilap memberikan maklumat tentang sesuatu produk. Jadi, anda mesti "mencintai" produk anda. Sekiranya anda telah benar-benar "mencintainya", mudahlah anda menyelami "isi hatinya". Mudah jugalah anda memperkenalkan produk itu kepada pelanggan anda tanpa sebarang kesilapan.

Anda perlu arif tentang pelan pemasaran syarikat. Dengan kefahaman yang menyeluruh, anda akan dapat membina wawasan untuk diri anda -berapa lama jangka masa yang anda perlukan untuk mencapai sesuatu hirarki, berapa banyak bonus bulanan yang ingin anda hajati, berapa banyak prospek yang perlu anda taja. Ramai yang berkecimpung dalam jualan langsung tidak memahami pelan pemasaran secara menyeluruh. Bagaimana mereka hendak membuat tajaan sedangkan untuk mengira bonus bulanan yang bakal diperoleh pun mereka tidak mampu? Inikan pula untuk menerangkan pelan pemasaran itu kepada prospek mereka. Pelan pemasaran ini umpama seorang gadis yang ingin anda perkenalkan kepada ibu bapa (pelanggan) anda. Jika anda tidak mengenali gadis (pelan pemasaran) itu secara menyeluruh - namanya, alamat kediamannya, ibu bapanya, dan sebagainya, jangan salahkan ibu bapa (pelanggan) anda jika mereka enggan menerimanya sebagai menantu (menjadi downline) anda. Ringkasnya, dengan pelan pemasaran, anda akan dapat menetapkan matlamat perniagaan anda.

Anda Belajar, Anda Sedar
Anda Faham, Tiada Waham
Anda Buat, Anda Kuat


 

MENU
PRODUK BIODINAR
TESTIMONI
LANGGAN BERITA
LIHAT STATUS TEMPAHAN

Bookmark and Share

PRODUK TERBARU

 
Berita & Pengumuman
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
SERTAI PERNIAGAAN BIODINAR TANPA INTERNET, TANPA LOGIN KE LAMAN AHLI
Barangan Elektrik Percuma Sempena Hari Raya Untuk Ahli Biodinar
Jana Pendapatan Anda Di Biodinar Dengan Produk Halalan Toyiba
Pelancaran Super BMB Ahad 9 Jun 2013 9am. Datang dan jadi terawal
SUPER BMB. Pelan Baru, Lebih Lumayan. Modal RM100 Dapat Produk RM150
Kempen Jutawan Herba 2013-Percuma RM270 dan Hadiah Produk RM600
hanya 45pv layak komisen 15 level =peluang anda jana income lumayan
Selamat Menyambut Bulan Syawal. Maaf Zahir dan Batin
TEKNIK BERKESAN ANDA TERIMA BONUS RM100-RM500 SEHARI GUNA LAPTOP ANDA
PANDUAN PERCUMA JANA BONUS RM10,000 DALAM 1 TAHUN GUNA LAPTOP ANDA
BELIAN 100PV PRODUK BIODINAR MELAYYAKAN PERADUAN TABLET PC DAN RM2,000
JADUAL PERJUMPAAN SETIAP SABTU 10AM SEMPENA BULAN RAMADAN 2012
Biodinar masuk TV ALHIJRAH PADA 4 JULAI 2012 MAJUKAN EKONOMI UMMAH
DUIT RAYA RM2,000 TUNAI DAN PERCUMA TABLET PC
MOBILE STOKIS BARU JASTEN (MS80) 0198049257 TAWAU SABAH ACAI BERRY
MOBILE STOKIS BARU SUYATI (SU79) 0148661610 RANAU SABAH ACAI BERRY
BELI 5 PRODUK PERCUMA 1 PROMOSI HEBAT DI JOHOR BAHRU REBUT PELUANG INI
VIP MOBILE STOKIS ANDA PERCUMA 4 KOTAK PRODUK SEMINAR GEGAR BIODINAR
gegar BIODINAR JOHOR BAHRU 14/6/12 CALL TOP LEADER HASSAN 0127762196

Ahli Terbaru
korie988 (langkawi)
khatty (kuching)
Sahril (Machan)
yimei070 (PETALING JAYA)
farisha344 (BUKIT TENGAH)
369258357 (penaga)
serlahkan (Kota Kinabalu)
JimmiXzSq (BxMNvoCjxVuAPf)
syahidanramli (Banting)
Eky1710 (KLANG)
hairolizam (klang)
rismazl (Kulim)
maca
1302 (KUALA KUBU BHARU)
161099 (tg.malim)
leeroslee (Kulim)
Sugnya (Sungai petani)
berg (kuala pilah)
aewamaiz (pekan)
Qieromero (Johor bahru)
Statistic

Members 18326
Total Visitor 193267

 

 

 

Copyright 2017  biodinar.com.  All rights reserved

Utama  l  Produk  l  Plan Pemasaran  l  Daftar Ahli  l  SyarikatBerita  l  FAQ  l  Syarat & Terma